Sunday, December 23, 2012

Zebari Berbincang Dengan Duta Amerika Syarikat Tentang Pengeluaran Iraq dari Bab VII.

Baghdad /NINA/ - Menteri Luar, Hoshyar Zebari telah berbincang dengan duta Amerika Syarikat ke Baghdad, Robert Stephen Beecroft bertujuan untuk mengeluarkan Iraq dari Bab VII.

Kata kementerian itu dalam satu kenyataan hari ini, "Mesyuarat itu termasuk perundingan dan perbincangan berterusan oleh Majlis Keselamatan pada akhir mandat Penyelaras Khas bagi kehilangan individu Kuwait, milikan (harta benda) dan untuk membantu Iraq menghapuskan peruntukan Bab VII. Berkaitan fail itu.

Friday, December 21, 2012

Iraq & Jordan Bersetuju Untuk Melanjutkan Gandaan Minyak & Saluran Paip Gas.


Baghdad (AIN) - Iraq dan Jordan telah bersetuju untuk melanjutkan paip berganda bagi mengangkut minyak dan gas di antara kedua-dua negara.

Perdana Menteri Jordan, Abdullah al-Nisour, katanya dalam wawancara akhbar bahawa "Jordan dan Iraq sedang merancang bagi menubuhkan garisan berkembar untuk minyak dan gas sehingga mencapai Aqaba."

Tahun 2013 Akan Memutuskan Takdir Minyak Iraq?



Satu tahun selepas pengunduran tentera AS, serangan pengganas ke atas Iraq berterusan, dan ketegangan antara kerajaan pusat dan kerajaan wilayah Kurdistan terus meningkat.

Pada tahun hadapan, kita boleh menjangkakan untuk melihat perkembangan selanjutnya dalam pertempuran berterusan antara Arbil dan Baghdad terhadap kawalan kontrak dan hasil minyak, berkemungkinan tinggi bahawa satu perjanjian tidak lama lagi akan diumumkan antara KRG (kerajaan wilayah Kurdistan) dan Turki bagi membina saluran paip baru yang akan bebas daripada Kementerian Minyak.

Thursday, December 20, 2012

Kesemua Isu-Isu Tertunggak Antara Iraq dan Kuwait Telah Diselesaikan Atau Menghampiri Penyelesaian, Kata Duta Kuwait Ke Iraq.



Baghdad (AIN) Duta Kuwait ke Iraq, Ali al-Mu'min menegaskan bahawa isu-isu tertunggak dengan Iraq telah diselesaikan yakni mereka berada di bawah pelaksanaan sekarang.

Mu'min menyatakan kepada All Iraq News Agency (AIN) bahawa "Terdapat lain-lain terma perjanjian yang akan ditukar ke dalam memorandum persefahaman dan persetujuan," menunjukkan bahawa "Hal ini adalah salah satu matlamat jangkaan lawatan Perdana Menteri Kuwait, Jaaber al-Mubarak ke Iraq."